cctv

Sunday, 26 May 2013

review Rindu Kamu Mr.Darcy



Assalamualikum
xoxo


Baru separuh baca novel nie tapi dah nak wat review..poyo..erk?
Sebenarnya boleh je nak habiskan baca novel nie harini tapi kena tahan nafsu sebab esok ada test JPJ motor.
erk?apa kaitan kan?
yela....esok kena datang daftar diri pukul 9am tapi abang-abang and pakcik-pakcik JPJ tu akan pegi test untuk lori dulu baru motor.So, kami yang nak test JPJ nie kena tunggu sampai pukul 11am.Tu pun kalau nasib aku baik dapat la test around pukul 11 tu...kalo aku dapat sesi 2.30pm camne?
Kesimpulannya korang kena doakan aku dapat test awal dan lulus ya LULUS.hehe...
eh,,,maafkan aku kerana merapu-rapu.

Sebenarnya aku memang peminat tegar penulis novel Rindu Kamu Mr.Darcy nie.
Korang kenal x siapa?mestilah Syamnuriezmil. Semua penulisan dia tiptop.Tak pernah menghampakan sesiapa pun yang baca karya dia.Never okay.Never.
Kalo korang minat nak baca karya dia boleh klik ---> sini.
Nie pulak address wordpress die http://syamnuriezmil.wordpress.com/ .
aku dah langgar rules blog die..hikhik..die x kasi sesiapa share link blog die..


----------------------------------------------------------------------------------

SINOPSIS Rindu Kamu Mr.Darcy

Kisah antara Faris dan Hayfa. Faris seorang lelaki yang sangat mementingkan maruahnya dan Hayfa pula seorang perempuan yang sangat prejudis. Perkenalan bermula dengan penuh rasa kebencian. Mereka saling berharap tidak akan bertemu dengan salah seorang daripada mereka dalam dunia ini.

“Awak memang kaki skodeng, ya? Awak ikut saya sampai ke sini, ya? Awak ni sakit jiwa ke apa?”

“Eh, Encik Faris yang semuanya sempit, awak ingat saya ingin sangat ke tengok muka awak ada dekat sini. Huhhh!!!” 

Tapi...

Orang kata, jangan benci sangat nanti lama-lama jadi sayang. Sayang ke kalau hanya seorang saja yang meluahkan perasaan, yang lagi seorang masih tidak bersedia?

“Tolonglah Hayfa, terimalah saya dalam hidup awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk tidak jatuh cinta kepada awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk berpisahdengan awak. Ini pun... Rindu sangat-sangat.”- FARIS DARWISY

Muncul pula Haziz Mukhlis, menambahkan lagi prejudis Hayfa kepada Faris. Adakah Hayfa mempercayai cerita Haziz sehingga takut menerima cinta Faris? Perlukah Faris mengetepikan maruahnya demi cintanya kepada Hayfa?

“Siapa awak sebenarnya?” - HAYFA IDHAR

“Seorang yang mencintai awak tanpa mengharapkan balasan.” - FARIS DARWISY

Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...

------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya aku tak buat apa-apa review pun...hehe
Belilah kalo nak tahu novel nie best ke tak.
Tapi bagi aku novel nie memang best...
Kalau tak nak beli silalah paksa kawan korang beli pastu pinjam kat diorang.Bernas kan idea aku?hahaha...


p/s:Tapi Syamnuriezmil takan dapat menadingi HLOVATE...HLOVATE is number one...Hlovate is the best,,,Yeah





1 comment:

  1. Memanglah.. saya bukan hlovate. Hlovate bukan saya.. :) Tq for the review...

    ReplyDelete