cctv

Tuesday, 28 May 2013

Cara nak check keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) 2

ASSALAMUALAIKUM
XOXO

Entry nie khas untuk student kolej matrikulasi kat seluruh Malaysia..
Mestilah aku buat entri untuk budak matrik je sebab aku  ex-matrik takkan tetibe aku nak cite pasal diploma plak kan?
Untuk budak-budak matrik sekalian aku rasa cikgu korang dah terangkan pasal cara-cara nak check result nie time perhimpunan last tp korang saje je xmau dengar.Sama ada korang sumbat telinga korang dengan earphone or korang ponteng assembly or korang gosip-gosip kat belakang or ape-ape jelah.
Okay.enough merepek.

Menurut portal KMNS result PSPM 2 akan boleh disemak pada tarikh 5 Jun 2013 selepas pukul 10.00am  simpan tarikh tu elok-elok dalam phone korang yang canggih-canggih tu.Buat la reminder ke apa ke.

Nie cara pertama. 

Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)


Taip MOE MAK dan hantar ke 15888

Contoh: MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888

Cara kedua.-
Secara Online (Atas Talian)

Di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di http://www.moe.gov.my/

Nie cara terakhir yang korang ada.Yelah time result keluar nie kompem talian sesak gile la.Kang error sana error sini x dapat nak check kan?Kalau dua-dua cara kat atas tak boleh guna.Silalah guna cara yang ketiga nie.


Secara Telefon


Call kolej masing-masing di talian (dengan penuh debaran didada  n  adrenaline pun mengalir dengan laju)hihi..gurau:


Kolej Matrikulasi Melaka
No tel: 06-3847778

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
No tel: 06-4841825/26/27/28/29

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
No tel: 04-5756090

Kolej Matrikulasi Perlis
No tel: 04-9868613/614/615/616

Kolej Matrikulasi Labuan
No tel: 087-465311

Kolej Matrikulasi Johor
No tel: 06-9781613

Kolej Matrikulasi Perak
No tel: 05-3594949

Kolej Matrikulasi Kedah
No tel: 04-9286100

Kolej Matrikulasi Pahang
No tel: 09-5495000

Kolej Mara Kuala Nerang
No tel: 04-7867250

Kolej Mara Kulim
No tel: 04-4966422

Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
No tel: 04-4682508/4689

Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
No tel: 09-46771037/4661106

Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
No tel: 07-6881630

Kolej Matrikulasi Selangor
No tel: 03-31201372


atau hubungi Sektor Hal Ehwal Akademik BMKPM di talian 03 8884 4022

Gud luck!!

Sementara masa masih ada nie....Kalo ada masa lapang jangan lupa bangun malam-malam buat Solat Sunat Tahajud
Time nie la mintak macam-macam kat DIA. DIA tak kedekut tau,lagi banyak kita minta lagi DIA suka.Kita je yang malas nak doa panjang-panjang.
Solat Sunat Taubat 
Minta maaf banyak-banyak kat DIA.Kita nie bukannya maksum(bersih dari dosa).Tiap hari kita buat dosa,kitakan hamba DIA yang selalu alpha.Janga malu mintak maaf dari DIA.
and 
Solat Sunat Istikarah
Apa korang ingat Solat Sunat Istikarah nie buat time nak mintak petunjuk pasal jodoh jeke?
Kalau korang fikir macam tu.Anggapan korang tu salah sama sekali.Solat Sunat Istikarah nie untuk memudahkan kita buat pilihan.Tak kisah lah apa pun pilihan yang datang.
Lagipun lepas dapat result kompem beduyun-duyun tawaran universiti datang kat korang and korang akan rasa keliru.Dengan korang buat Solat Sunat Istikarah hari-hari semoga DIA permudahkan korang buat pilihan and xdelah korang rasa keliru.


Semoga dapat result yang di idam-idamkan yek... :)

SEKIAN...





Sunday, 26 May 2013

review Rindu Kamu Mr.Darcy



Assalamualikum
xoxo


Baru separuh baca novel nie tapi dah nak wat review..poyo..erk?
Sebenarnya boleh je nak habiskan baca novel nie harini tapi kena tahan nafsu sebab esok ada test JPJ motor.
erk?apa kaitan kan?
yela....esok kena datang daftar diri pukul 9am tapi abang-abang and pakcik-pakcik JPJ tu akan pegi test untuk lori dulu baru motor.So, kami yang nak test JPJ nie kena tunggu sampai pukul 11am.Tu pun kalau nasib aku baik dapat la test around pukul 11 tu...kalo aku dapat sesi 2.30pm camne?
Kesimpulannya korang kena doakan aku dapat test awal dan lulus ya LULUS.hehe...
eh,,,maafkan aku kerana merapu-rapu.

Sebenarnya aku memang peminat tegar penulis novel Rindu Kamu Mr.Darcy nie.
Korang kenal x siapa?mestilah Syamnuriezmil. Semua penulisan dia tiptop.Tak pernah menghampakan sesiapa pun yang baca karya dia.Never okay.Never.
Kalo korang minat nak baca karya dia boleh klik ---> sini.
Nie pulak address wordpress die http://syamnuriezmil.wordpress.com/ .
aku dah langgar rules blog die..hikhik..die x kasi sesiapa share link blog die..


----------------------------------------------------------------------------------

SINOPSIS Rindu Kamu Mr.Darcy

Kisah antara Faris dan Hayfa. Faris seorang lelaki yang sangat mementingkan maruahnya dan Hayfa pula seorang perempuan yang sangat prejudis. Perkenalan bermula dengan penuh rasa kebencian. Mereka saling berharap tidak akan bertemu dengan salah seorang daripada mereka dalam dunia ini.

“Awak memang kaki skodeng, ya? Awak ikut saya sampai ke sini, ya? Awak ni sakit jiwa ke apa?”

“Eh, Encik Faris yang semuanya sempit, awak ingat saya ingin sangat ke tengok muka awak ada dekat sini. Huhhh!!!” 

Tapi...

Orang kata, jangan benci sangat nanti lama-lama jadi sayang. Sayang ke kalau hanya seorang saja yang meluahkan perasaan, yang lagi seorang masih tidak bersedia?

“Tolonglah Hayfa, terimalah saya dalam hidup awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk tidak jatuh cinta kepada awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk berpisahdengan awak. Ini pun... Rindu sangat-sangat.”- FARIS DARWISY

Muncul pula Haziz Mukhlis, menambahkan lagi prejudis Hayfa kepada Faris. Adakah Hayfa mempercayai cerita Haziz sehingga takut menerima cinta Faris? Perlukah Faris mengetepikan maruahnya demi cintanya kepada Hayfa?

“Siapa awak sebenarnya?” - HAYFA IDHAR

“Seorang yang mencintai awak tanpa mengharapkan balasan.” - FARIS DARWISY

Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...

------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya aku tak buat apa-apa review pun...hehe
Belilah kalo nak tahu novel nie best ke tak.
Tapi bagi aku novel nie memang best...
Kalau tak nak beli silalah paksa kawan korang beli pastu pinjam kat diorang.Bernas kan idea aku?hahaha...


p/s:Tapi Syamnuriezmil takan dapat menadingi HLOVATE...HLOVATE is number one...Hlovate is the best,,,Yeah





Monday, 13 May 2013

Temuduga ohh temduga

Assalamualikum...
xoxo

hey guys....
kali ni Cik Becok nak cerita pasal temuduga....hoo yeay bukan temuduga kerja la....temuduga nak masuk Universiti....
First of all korang pernah dengar x pasal MEdSI?MEdSI tu shortform untuk Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)....
MEdSI ni untuk siapa-siapa yang time mohon UPU haritu die ade apply untuk program pendidikan....
contohnya :

1.     Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)

2.  Sarjana Muda Pendidikan Sains (KEPUJIAN) Matematik


hah...sape yang ada apply untuk course pendidikan la yg akan dapat MEdSI...
Nak tahu format MEdSI ni camne?

untuk lepasan STPM / STAM / MATRIKULASI / ASASI setaraf bagi sesi akedemik 2013/2014
boleh check kat sini.







  • Ujian MEdSI mengandungi 300 soalan dan perlu dijawab dalam masa 1 jam 10 minit.
  • Terbahagi kepada 4 bahagian:
    • Personaliti – 110 soalan
    • Minat Kerjaya – 60 soalan
    • Nilai Integriti – 70 soalan
    • Kecerdasan Emosi – 60 soalan
  • Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan.
  • Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon dan tiada jawapan yang betul atau salah.


  • dan ini ade beberape contoh buku panduan yang korang boleh beli kat kedai buku ( erk...xkan kedai baju pula kan?)






    rasanya banyak lagi buku panduan MEdSI..korang boleh try tengok sendiri kat pakcik Google...

    sekian untuk MEdSI.

    Second point is about.....
    ada beberapa soalan yang timbul bila Semakan Panggilan Temu Duga Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014 dah dibuka...
    terutamanya bila check2...apasal aku tak dapat apa-apa temuduga?pastu mula la nak rasa down kan?

    Acctually tak sume course yg ade temuduga.
    Korang ingat x time korang apply untuk UPU,ade certain course yg bertanda # kat hujung.
    yang bertanda # kat hujung tu la yg ada temuduga...

    So, buat yg ada tanda # kat hujung and nak check sama ada korang dapat temuduga or tak boleh la berkunjung kat sini ye http://upu.mohe.gov.my/.
    Klik dekat nama Universiti yang korang ade mohon haritu...oke?beres...


    Nanti kalo ada apa-apa pertanyaan boleh la tumpang komen.... :)

    sekian.Terima kasih...



    oh ya...gud luck buat sesiapa sahaja yang dapat temuduga..Do your best ok? :)

    Tuesday, 7 May 2013

    Kerja...adoii

    Asslamualaikum...
    xoxo

    Hey!sihat semua?siapa2 yang tak sihat tu poie jumpa doktor okay...jangan takut-takut ubat tau..hehe

    hurm...semalam jalan-jalan cari kerja sambilan...adoii...ingat kan cuti-cuti nie bolehlah update blog selalu.
    tapi kalau dah dapat kerja kompem blog nie terabai punye sebab cuti seminggu je sekali.Apatah lagi jumaat sabtu dan ahad.Langsung x boleh cuti...Haiyaa...huhu
    Tapi nak wat camne kan?Kalo x dapat keje x dapat la duit...

    No lose no gain..
    In order to gain someting You must lose something... :)

    sekian..